Dasar Privasi

Cara blog aster-edu.my menggunakan data pelawat. Dikemas kini 11 Oktober 2026.

Tentang laman ini

aster-edu.my ialah blog Aster Edu Kuantan. Blog ini tiada borang, dan kami tidak meminta anda mendaftar akaun atau memberi maklumat peribadi untuk membaca artikel.

Google Analytics dan kuki

Kami menggunakan Google Analytics untuk memahami cara pelawat menggunakan blog ini: halaman yang dibaca, jenis peranti, anggaran lokasi (negara atau bandar) dan dari mana pelawat datang. Kami juga merekod klik pada butang Daftar, WhatsApp dan butang kongsi, tanpa merekod isi mesej anda. Google Analytics menggunakan kuki untuk mengira lawatan, dan kami tidak menggunakan data ini untuk mengenal pasti anda secara peribadi.

Anda boleh menyekat atau memadam kuki melalui tetapan pelayar, atau memasang alat tambah Google Analytics Opt-out.

Pendaftaran dan WhatsApp

Butang "Daftar Early Bird" membawa anda ke borang tempahan Aster Edu di OnPay. Maklumat yang anda isi di sana diurus melalui borang itu dan tertakluk kepada terma pada borang tersebut. Jika anda menghubungi kami melalui WhatsApp, kami menerima nama dan nombor telefon yang anda kongsi untuk menjawab pertanyaan anda.

Pautan ke laman lain

Artikel kami memaut ke sumber rasmi dan laman lain. Amalan privasi laman tersebut adalah di bawah tanggungjawab pemilik laman masing-masing.

Hubungi kami

Ada soalan tentang dasar ini? Hubungi kami di WhatsApp 011-6197 4102.