Sesi 2027 · Early Bird

Yuran Tuisyen Online Aster Edu 2027

Yuran Tuisyen Online Aster Edu sesi 2027 ialah RM99 sebulan untuk 5 subjek, sama bagi semua tahap dari Darjah 4 hingga Tingkatan 5. Daftar dengan booking Early Bird RM20, hingga 31 Disember 2026; yuran RM99 kemudian kekal setiap bulan hingga akhir 2027.

  • RM99 sebulan, 5 subjek
  • Booking RM20
  • Sama untuk semua tahap
  • Rakaman tanpa bayaran tambahan
  • Kekal hingga akhir 2027

Yuran mengikut tahap

Setiap tahap belajar 5 subjek seminggu dengan yuran yang sama. Subjek ikut jadual kelas 2027:

Tahap5 subjekSebulan
Darjah 4Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, SainsRM99
Darjah 5Sejarah, Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Bahasa InggerisRM99
Darjah 6Sejarah, Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Bahasa InggerisRM99
Tingkatan 1Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, SainsRM99
Tingkatan 2Sejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, MatematikRM99
Tingkatan 3Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, SainsRM99
Tingkatan 4 TerasSejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, SainsRM99
Tingkatan 4 Sains TulenSejarah, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik TambahanRM99
Tingkatan 5 TerasSejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, MatematikRM99
Tingkatan 5 Sains TulenSejarah, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, MatematikRM99

Hari dan masa kelas setiap tahap ada di halaman Darjah 4–6, Tingkatan 1–3 dan SPM (Tingkatan 4 & 5).

Apa yang termasuk dalam RM99 sebulan

  • 5 subjek, setiap satu 1 jam seminggu, mengikut jadual tahap anak.
  • Kelas LIVE melalui Zoom Webinar pada waktu malam.
  • 2 guru dalam setiap kelas: seorang mengajar, seorang lagi menjawab soalan di ruang chat.
  • Rakaman setiap kelas untuk ulang kaji, tanpa bayaran tambahan.
  • Exam bulanan supaya ibu bapa nampak kemajuan anak.
  • 6 program strategi belajar bersama Dr Shukri Abdullah sepanjang 2027.

Kiraan kos sebenar

RM99 untuk 5 subjek bermakna kira-kira RM19.80 bagi setiap subjek sebulan. Dalam sebulan biasanya ada 4 minggu kelas, jadi anak mendapat kira-kira 20 kelas LIVE sebulan (5 subjek × 4 minggu). Itu bersamaan lebih kurang RM4.95 bagi setiap jam kelas, sudah termasuk rakaman dan exam bulanan.

Booking pendaftaran RM20

Booking RM20 ialah bayaran pendaftaran Early Bird untuk sesi 2027. Ia dibayar sekali melalui borang tempahan dalam talian apabila anda menekan butang Daftar Early Bird. Tawaran Early Bird dibuka hingga 31 Disember 2026, dan tempat adalah terhad.

Kenapa yurannya rendah? Bagaimana dengan kualiti?

Yuran dapat dikekalkan rendah kerana setiap kumpulan kelas besar, iaitu lebih 100 pelajar, dan kelas berlangsung sepenuhnya secara online. Masalah biasa kelas besar ialah soalan pelajar tidak sempat dijawab. Sebab itu setiap kelas ada guru kedua yang khusus menjawab soalan di ruang chat semasa guru pertama mengajar.

Zoom Webinar pula memastikan kelas besar tetap teratur: pelajar hanya melihat guru, tanpa gangguan mikrofon atau kamera pelajar lain. Rakaman dan exam bulanan membolehkan ibu bapa menilai sendiri sama ada kelas ini sesuai untuk anak mereka.

Cara mendaftar

  1. Pilih tahap anak dan semak jadualnya.
  2. Tekan butang Daftar Early Bird dan lengkapkan borang tempahan dengan booking RM20.
  3. Gunakan e-mel yang sah dan nombor telefon yang ada WhatsApp. Pautan kelas dihantar ke situ.
  4. Ada soalan sebelum mendaftar? Tanya kami di WhatsApp.

Soalan lazim

Adakah yuran Sains Tulen lebih mahal?

Tidak. Yuran sama bagi semua tahap dan aliran: RM99 sebulan untuk 5 subjek, termasuk Tingkatan 4 dan 5 Sains Tulen (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Sejarah).

Adakah rakaman kelas dikenakan bayaran tambahan?

Tidak. Rakaman setiap kelas termasuk dalam yuran bulanan.

Bagaimana jika saya ada lebih daripada seorang anak?

Yuran ialah RM99 sebulan bagi setiap murid untuk 5 subjek tahapnya. Hubungi kami di WhatsApp untuk mendaftarkan lebih daripada seorang anak.

Apa beza booking RM20 dengan yuran bulanan?

Booking RM20 ialah bayaran pendaftaran Early Bird, dibayar sekali semasa mendaftar melalui borang tempahan. Yuran bulanan RM99 pula ialah bayaran kelas 5 subjek setiap bulan.

Sampai bila yuran RM99 sebulan?

Bagi yang mendaftar dengan tawaran Early Bird, yuran RM99 sebulan kekal setiap bulan hingga akhir 2027. Tawaran Early Bird dibuka hingga 31 Disember 2026.

Ada soalan tentang kelas? Tanya kami di WhatsApp.