Sesi 2027 · Tingkatan 1, 2 dan 3
Tuisyen Online Sekolah Menengah: Tingkatan 1, 2 & 3
Kelas tuisyen online untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 (Form 1–3) di seluruh Malaysia: Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Sejarah, diajar secara LIVE di Zoom pada waktu malam oleh 2 guru dalam setiap kelas.
- Tingkatan 1–3 (Form 1–3)
- 5 subjek termasuk Sejarah
- Isnin, Selasa & Rabu malam
- 2 guru dalam 1 kelas
- RM99 sebulan
Jadual kelas 2027 Tingkatan 1, 2 dan 3
Pelajar menengah rendah belajar dalam 3 malam seminggu. Malam Isnin untuk Sejarah, malam Selasa untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan malam Rabu untuk Matematik dan Sains. Pada malam Selasa dan Rabu ada 2 kelas berturut-turut: 8.00 hingga 9.00 dan 9.05 hingga 10.05 malam. Susunan subjek dalam setiap malam berbeza mengikut tingkatan:
Sejarah Tingkatan 3 bermula pukul 9.05 malam, sejam selepas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Khamis dan Jumaat tiada kelas bagi menengah rendah, jadi dua malam itu boleh digunakan untuk kerja sekolah dan menonton semula rakaman kelas minggu tersebut.
Kenapa 3 malam seminggu
Pelajar sekolah menengah biasanya pulang lebih lewat kerana kokurikulum dan kelas tambahan. Dengan menghimpunkan 5 subjek dalam 3 malam, minggu pelajar lebih tersusun: tiga malam untuk belajar bersama guru, dua malam untuk latihan sendiri. Rehat 5 minit di antara dua kelas cukup untuk minum air dan bersedia untuk subjek kedua.
Apa yang berlaku dalam satu kelas
Setiap kelas ialah sesi Zoom Webinar selama 1 jam. Pelajar melihat skrin guru, iaitu nota, rajah dan contoh soalan, dan tidak perlu membuka kamera. Guru pengajar menerangkan topik dan membimbing pelajar menjawab soalan langkah demi langkah. Pada masa yang sama, guru kedua memantau ruang chat dan membalas soalan pelajar satu demi satu.
Selepas kelas, rakaman disediakan untuk ulang kaji. Pelajar yang terlepas kelas kerana aktiviti sekolah boleh mengejar topik itu sebelum kelas minggu berikutnya. Setiap bulan pula ada exam supaya pelajar dan ibu bapa tahu topik mana yang sudah kukuh dan topik mana yang perlu diberi perhatian.
Tingkatan 3 pada tahun 2027
PT3 telah dimansuhkan dan tidak akan dikembalikan. Mulai 2027, pelajar Tingkatan 3 menduduki Matriks Pembelajaran Tingkatan 3 (MPTg3) dalam lima subjek: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Soalannya disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, manakala sekolah melaksanakan dan memeriksanya. Ia bukan pengganti PT3; tujuannya mengesan tahap penguasaan pelajar supaya bantuan dapat diberikan lebih awal.
Lima subjek itu sama dengan pakej Tingkatan 3 kami. Format, tempoh dan perkara yang masih belum diumumkan kami terangkan dalam artikel Matriks Pembelajaran Tingkatan 3 2027.
Tips belajar online untuk pelajar menengah rendah
- Masuk kelas 5 minit lebih awal supaya tidak terlepas penerangan awal topik.
- Tulis nota ringkas dengan tangan. Menyalin rajah dan langkah jalan kira membantu ingatan.
- Taip soalan di chat sebaik sahaja tidak faham. Guru kedua ada untuk menjawab.
- Tonton semula bahagian yang sukar dalam rakaman pada minggu yang sama, sebelum topik bertambah.
- Gunakan keputusan exam bulanan untuk memilih topik ulang kaji, bukan untuk membandingkan diri dengan rakan.
Persediaan ke Tingkatan 4: Teras atau Sains Tulen?
Di hujung Tingkatan 3, pelajar memilih aliran untuk Tingkatan 4. Di Aster Edu, Tingkatan 4 dan 5 ada dua pakej. Pakej Teras: Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Sejarah. Pakej Sains Tulen: Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Sejarah. Lihat jadualnya di Tuisyen Online SPM.
Soalan lazim
Adakah Form 1 sama dengan Tingkatan 1?
Ya. Form 1, Form 2 dan Form 3 ialah nama lain bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk Tingkatan 4 dan 5, lihat halaman Tuisyen Online SPM.
Kenapa ada 2 kelas pada malam yang sama?
Pelajar menengah rendah belajar 5 subjek dalam 3 malam. Pada malam Selasa dan Rabu, kelas pertama pukul 8.00 hingga 9.00 dan kelas kedua pukul 9.05 hingga 10.05 malam, dengan rehat 5 minit di antaranya. Khamis dan Jumaat bebas daripada kelas.
Anak Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 boleh berkongsi satu komputer?
Hanya pada malam Isnin: Sejarah Tingkatan 2 pukul 8.00 dan Sejarah Tingkatan 3 pukul 9.05 malam. Pada malam Selasa dan Rabu, kedua-dua tingkatan ada kelas pada 8.00 dan 9.05 malam, jadi setiap anak perlukan peranti sendiri.
Adakah kelas ini sesuai untuk persediaan Matriks Pembelajaran Tingkatan 3?
Pakej Tingkatan 3 kami merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, iaitu lima subjek yang sama dengan Matriks Pembelajaran Tingkatan 3 yang bermula 2027. Butiran rasminya ada dalam artikel Matriks Pembelajaran Tingkatan 3 2027.
Berapa yuran Tingkatan 1 hingga 3?
RM99 sebulan untuk 5 subjek, sama bagi Tingkatan 1, 2 dan 3, dengan booking pendaftaran Early Bird RM20. Butiran di halaman yuran tuisyen online.
Ada soalan tentang kelas? Tanya kami di WhatsApp.